Sunday, 3 April 2011

CAHAYA UMIE ENTERPRISE
MA0157439-U



Ditubuhkan pada 31 Mac 2011. Nama Cahaya Umie Enterprise adalah satu inspirasi buat Umie kepada anak-anak tersayang. Anak-anak dan suami yang memberi kekuatan untuk Umie memajukan diri Umie dalam bidang perniagaan dan penulisan blog Cahaya Umie Blogspot ini.

Produk yang dipasarkan @ dijual oleh Cahaya Umie Enterprise adalah satu produk kesihatan yang disahkan kegunaannya. Salah satu produk kesihatan yang sedang hangat dipasaran adalah Fit Up. Produk ini dapat membantu pengguna yang mengalami masalah kegemukan.

Selain itu produk-produk keluaran HPA juga amat baik digunakan kerana ia adalah barangan 100% HALAL. HPA satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik. Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, ratusan jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.

InsyaAllah sekiranya selepas ini ada produk jualan baru, Umie akan war-warkan.